Kisah Roh...

(1/1)

Ezri:
Salam,

Mohon laluan TTK, sekadar menyampaikan beberapa maklumat mengenai roh, yg sememangnya amat sedikit yg diketahui oleh manusia..

Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

Maklumat yg diperolehi adalah dpd berbagai sumber termasuk internet dan sekiranya menimbulkan persoalan di harap dapat merujuk kpd sumber2 yg muktabar.

Ezri:
Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah genap tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduhai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah genap lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.

Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka

Firman   Allah SWT menunjukkan:

Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)

Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.

Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1.  Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2.  Roh-roh para Syuhada berada di  syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di  syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3.  Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4.  Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5.  Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6.  Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7.  Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
 
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda  tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain.

Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)

WALLAHUA'ALAM

Ezri:
Tentang perbezaan antara hati, ruh dan sebagainya, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani ada menerangkan yang bermaksud:

"Akal ialah ketua alam diri manusia. Akal ialah kotak hati (qalb). Hati ialah kotak fu'ad (sanubari). Fu'ad ialah kotak ruh. Ruh ialah kotak sirr (padanya ada ikhlas)."

Oleh itu, setiap yang berikut, merupakan tempat mu'amalah batin seseorang manusia. Ia meningkat, peringkat demi peringkat, selaras dengan peningkatan tahap nafsu (diri) seseorang.

Apabila nafsu dipenuhi syahwat, maka, akal tidak lagi berperanan sebagai pemimpin diri seseorang, tetapi nafsu. Pada ketika ini, nafsu tersebut ialah nafs ammarah (yang menyuruh kepada kejahatan).

Apabila seseorang itu melawan daya syahwat dalam dirinya, dari menguasai nafs (diri) nya, maka, akal akan kembali memimpin dan pada saat itu, ia dikatakan sebagai nafs al-lawwamah.

Apabila seseorang itu mampu menjaga nafsnya dari pengaruh-pengaruh syahwat yang tesembunyi, dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah, maka pada ketika itu, mu'amalah batinnya terletak pada hatinya. Pada ketika ini, banyak bisikan-bisikan kebaikan dalam dirinya. Ia dikenali dengan nafs mulhamah...Di sini, bermulanya usaha seseorang untuk mencapai tahap muroqobah.

Apabila seseorang telah sampai ke ahwal fana', di mana dia merasai bahawa, tiada yang wujud melainkan Allah s.w.t., maka pada ketika itu, muamalahnya dengan Allah s.w.t. pada fu'ad (sanubari)nya. Ia dikenali dengan nafs mutma'innnah. Di sini juga bermulanya penghayatan terhadap hakikat muroqobah.

Apabila telah tetap tauhid khawas dalam dirinya, dari hal fana' kepada maqom fana', maka pada ketika itu, tempat mu'amalah batinnya dengan Tuhannya s.w.t. ialah pada ruhnya. Ia dikenali dengan nafs radhiah. Pada ketika ini, seseorang hamba antara penghujung muroqobah dan awal musyahadah. Ia saling bercampur dan kadangkala membawa kepada syatahat.

Apabila meningkat tahap seseorang hamba kepada tahap baqo' atau jam'u jam'in, di mana, tauhid khawasul khawas telah menetap dalam dirinya, maka tempat mu'amalahnya dengan Allah s.w.t. ialah pada sirnya di mana, di situlah letaknya ikhlas, dan di situlah dia menemui hadrah Allah s.w.t. tajalli dalam dirinya. Ia dipanggil nafs radhiah mardhiyah, takkala Allah s.w.t. menjemputnya ke hadrah-Nya dalam Musyahadah. Mereka inilah yang dikenali sebagai Al-Kummal (orang-orang kamil) di kalangan para Nabi a.s. dan khawas para wali Allah s.w.t.

Sememangnya penerangan sir, ruh dan sebagainya, terdapat perbezaan dari sudut penerangan para arif billah. Apabila kita perhatikan huraian-huraian tentang maqom, ahwal, perbezaan sir, qalb dan sebagainya, oleh para arif, kita dapati seolah-oleh terdapat perbezaan.

Tetapi, perbezaan tersebut bukanlah suatu perbezaan yang bersifat bertentangan antara satu sama lain, tetapi perbezaannya bersifat kepelbagaian jenis, yang lahir dari zauq-zauq yang Allah s.w.t. campakkan ke dalam diri mereka. Berbeza dari sudut lafzi (lafaz) tetapi sama dari sudut maknawi bagi ahli zauqi yang merasai.

Apa yang penting, untuk memahami perbezaan yang halus antara hati, sirr dan sebagainya, ia memerlukan zauq dan perasaan. Adapun zauq timbul dari mu'amalah batin kita dengan Allah s.w.t., dalam mentahqiqkan Ubudiyah dalam diri. Bak kata Imam Al-Junaid, ilmu kami dibina atas zauq, bukan atas penulisan. Ilmu kami dipindahkan melalui ahwal, bukan maqol (perkataan)".

Semoga Allah s.w.t. menjadikan kita di kalangan ahli zauq dalam menikmati cinta-Nya...Amin.. ;pray

Wallahua'alam.

Ezri:
MENGENAI LIMA MARTABAT ROH

1. roh hissi(pancaindera)
2. roh khayali
3. roh akal
4. roh memikir dan buat kesimpulan
5. roh kenabian nan suci

ROH HISSI - ia adalah roh yg terima informasi yang di bawa oleh pancaindera yang lima ia itu RASA, BAU, DENGAR, LIHAT dan SENTUH.Ini adalah asal roh yang diberi nama AR ROH AL HAYAWANI(saperti sesuatu yg mmpunyai hayat)roh ini juga ada pada bayi yang masih kecil.

ROH KHAYALI - roh ini terima semua maklumat yang di bawa oleh pancaindera.Maklumat ini tersimpan dan disedia bagi di berikan kepada jiwa atau roh akal diperingkat yang tinggi bila informasi itu di kehendaki(roh ini tidak ada pada bayi.Tu sebab bila bayi nak pegang sesuatu yang di pandangnya, dia akan lupa pada benda tu bila ianya hilang drp pandangannya.Tak timbul dalam kehendak dalam jiwanya pada benda yang di lihatnya hingga ia meningkat umur dewasa, maka masa tu lah dia mula menangis sebab nak sesuatu benda yang tersimpan dalam khayalannya.Ini dianamakan roh khayali.

ROH AKAL - roh ini berpengentahuan kepada yang di luar sempadan pancaindera dan khayalan.Kebolehan ini khusus ada pada manusia dan tiada pada binatang dan anak-anak.Benda-benda yang di maklumi oleh roh ini adalah kebenaran yang di guna dengan menyeluruh.

4. ROH YANG MEMIKIR DAN BUAT KESIMPULAN - roh ini ambil butir-butir yang di sebut oleh akal dan mengumpul serta menyusunkan ia sebagai pokok fikiran.Dari situ diambil sebagia informasi, pas tu di kutip antara dua kesimpulan, disertakan lagi dan diambil kesimpulan baru dan begitulah seterusnya tanpa batasan

5. ROH KENABIAN NAN ESA - roh ini ada pada para nabi dan para aulia.Dengan roh ini perkara di alam ghaib atau alam rohani dapat di lihat bersama beberapa informasi langit dan bumi serta ilmu ketuhanan yang tak boleh di capai oleh roh akal/jiwa yang buat kesimpulan.

Ini seperti maksud Allah:

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus," - SURAH ASY-SYUURA ayat 52

WALLAHUA'ALAM

Ezri:
Yang dikatakan roh itu ada 3 bahagian:

1. Roh haiwaniah
2. Roh Syaitan
3. Rohaniah

Dlm Al-Quranul Karim,
"Ya aiyatuhan nafsun mutmainnah irjii illa radhiatan mardhiah fadkuli fi ibadi wadkuli jaannati"
Ayat ini merujuk kepada Rohaniah.

Dlm Siras Salikin, Al-Alamah Imam Ghazali Rahimatullah ada menyebut "Haiwan berkata-kata" apabila zikir dlm hati itu tidak mantap @ penuh. Maknanya setiap detik hati yang tidak mengingati Allah Subhanallah Taala, syaitan laknatullah akan hinggap, maka dikatakan orang itu hidup samada dengan roh haiwan atau roh setan.......jadilah Haiwan berkata-kata; jasadnya saja manusia padahal batinnya bukan.

Bukan senang nak jadi umat Rasulullah SAW. Itulah sebabnya nak kena kuat mujahadah, kena kenal roh, tahu nafsu yang tujuh, mana sifatnya pada kita. Nak dapat Nafsu Mutmainnah pun bukan senang.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya semua urusan mukmin itu merupakan kebaikan. Sekiranya dia mendapat kegembiraan dia akan bersyukur, dan ia merupakan kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa mudarat, dia akan sabar dan ia merupakan kebaikan baginya. Semua itu tidak akan berlaku kecuali kepada mukmin."

(Hadis Riwayat oleh Muslim)

Saiyidina Ali r.a ada berkata :

"Kamu hendaklah bersabar, kerana sabar itu sebahagian dari iman seperti kepala merupakan sebahagian daripada jasad. Tidak ada kebaikan bagi jasad yang tidak disertai oleh kepala dan juga tidak ada kebaikan bagi iman yang tidak disertai oleh sabar."

adapun mengenal roh itu mengenal iman
adapun mengenal roh itu rahsia alam.
adapun mengenal roh itu mengenal amar rabbi(urusan Allah)
adapun mengenal roh itu mengenal Allah Taala

Siapa yang mengenal?

1. adapun yg mengenal jasad kita ialah akal.

2. adapun yg mengenal niat itu ialah Roh.

3. adapun yg mengenal hakikat itu ialah Insan

4. adapun yg mengenal Allah itu ialah nyawa kita yg alim ,yg bernama Roh Izapi.

4. adapun yg mengerjakan perintah Allah itu ialah Roh.

Wallalhua'alam

Navigation

[0] Message Index

Easy Riders United Forum was established on 24th. September 2007
Website theme and buttons by kromosom
Managed by Brotherhood MG. All rights reserved.